FENOMENA GERHANA

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011

Fasa-fasa Gerhana Bulan
1.22 PAGI
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Dijangka tidak banyak perbezaan cahaya yang boleh dilihat, malah boleh dikatakan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh dilihat dengan mata. Oleh itu, rileks dan jangan gopoh-gopoh! :-)

2.22 Pagi
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang umbra. Kini jelas kelihatan satu bayang-bayang gelap memasuki satu sisi Bulan. Semakin lama ia akan semakin besar dan mula menutupi bentuk bulatan Bulan tadi. Bulan penuh tidak kelihatan bulat lagi!

3.21 Pagi
Secara rasminya, Bulan sudah memasuki sepenuhnya kawasan bayang-bayang umbra. Maka fasa Gerhana Penuh pun bermula. Bulan dijangka tidak akan gelap sepenuhnya, dan akan kelihatan kemerah-merahan.

4.12 Pagi
Bulan berada di pertengahan fasa gerhana penuh. Ini bermaksud ia sudahpun berada dikawasan paling 'dalam' bayang-bayang umbra. Ketika ini gerhana berada pada puncaknya dan Bulan akan berada pada kecerahan yang paling malap.

5.02 Pagi
Bulan secara rasmi sudah menamatkan perjalanannya di dalam bayang-bayang umbra, dan mula memasuki kawasan penumbra yang kurang gelap tadi. Bentuk bulan masih lagi sompek, tidak bulat.

6.02 Pagi

Bulan secara keseluruhannya sudah keluar dari kawasan umbra dan kelihatan seperti hampir sediakala. Namun ia masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.

7.02 Pagi
Tamatnya gerhana. Bulan sudah pun keluar terus daripada kawasan bayang-bayang Bumi di angkasa! Jom tunggu Gerhana Penuh seterusnya pada 10 Disember 2011 pula!!!

Sunday, September 18, 2011

Fasa Gerhana Bulan


Video


contoh skrip


Langkah 1



Langkah 2



Langkah 3 - copy embed

Langkah 4 - buka blogger.com - add gadget- buka html - paste



Langkah 5- save pahtu view .